Affan First Flight KBR - KUL 👀
Assalamualaikum semua, niat saya menulis blog ni sekadar celoteh untuk share pengalaman sebagai first mom yang bawa anak naik kapal terbang. 👶
Saya dan suami dengan anak 4 bulan balik kampung atas urusan nak hantar kereta suami balik kampung. Duduk kampung dalam 5 days macam tu.
Selepas 5 hari berseronok di kampung halaman suami tiba la masa untuk pulang ke tempat mencari rezeki.
Nak dijadikan cerita , berlaku 1 kejadian masa proses nak naik kapal terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Kami tak bawak surat beranak anak !😖 dah sudah.
Langsung tak terfikir baby tu kena ada kad pengenalan, mak ayah memang la ada IC kan. Masa pergi dekat pass gate untuk ke boarding tu kena tahan dengan imigresen, dah tunjuk IC parent dgn flight ticket, dia tanya pulak "mykid baby ada?". Kami pun macam alamak mykid anak mana ada tak buat lagi, surat beranak ada la tapi takda dekat kami, ada dekat KL.
Lepas tu kami try nego dengan gambar surat beranak boleh tak ? nasib husband ada snap gambar surat beranak anak hari tu. Dia cakap tak boleh, tak lepas tapi baik je layanan dia tak marah pun. Then, saya pun tanya boleh ke kalau kami buat report. Puan boleh try buat report di balai polis dekat bawah.
Kami pun cari la balai polis, dah la airport baru KB ni. Pusing satu airport dengan gendong affan yang berat ni 😂
Masa proses report pun polis semua sangat membantu, dan Tuan tu pesan surat beranak anak kena bawa ke mana2 ya.. alhamdulillah kalau tak baby kena tinggal dengan mak mertua la. dah la beg pun dah jalan siapa nak ambik kat KLIA tu 😅 parah sungguh la.. Nasib baik kami pun sampai awal dekat airport dalam 2 jam sebelum berlepas. Nak katanya allah mudahkan urusan kami hari tu. Alhamdulillah..
Lepas selesai proses report, kami pun ke pass gate, imigresen perempuan yg sama pun tanya dah buat report, dia tgk report polis tu dia pun lepaskan kami untuk naik kapal terbang. Baik sangat puan tu.
Masa naik kapal terbang pun affan behave je dia tido masa mula mula tu, tengah2 dia celik pulak nak main nasib tak nangis je hahahaha bagus! next time boleh bawak naik kapal terbang lagi. Then, kami pun sampai KLIA.
Pengajarannya, surat beranak baby kena bawak pergi mana mana pun tu macam IC dorang kalau takda mykid lagi..
Tapi Affan dah ada mykid nanti next story kita share lagi proses buat mykid pulak. hehe.
Thank youu pembaca yg sudi baca celoteh saya ni. 💖
.jpg)
Comments
Post a Comment